Wednesday 11 May 2016

Nak citer sikit psl ALC (Asian leopard cat)

Nak citer sikit psl ALC (Asian Leopard cat).

sorry kalau ade yg terasa tp ni fact semua kena tau sebelum membeli, membela, menangkap spesis ini...
Alc BUKAN bengal...tp alc digunakan sebagai salah satu dr baka gabungan utk menghasilkan bengal (bengal terjadi hasil gabungan beberapa jenis kcg sperti alc, mao cat, ocicat, savannah dan beberapa lain lagi)
Fakta berkenaan alc (ikut pengalaman sendiri)

1. Alc BUKAN seperti kcg domestik yg bole jinak dan manja. Mereka adalah haiwan liar yg hidup di habitat asal iaitu hutan. Kalau ade yg cakap manja cuba tgk yg jual mesti akan ambil gambar dalam kotak atau sangkar, bukan dipegang. Ini kerana mmg sifat semulajadi yg garang untuk melindungi diri sendiri.

2. Alc mmg di bawah perlindungan jabatan perhilitan, kantoi org report denda smpai 100k 

3. Alc bukan seperti bengal yg manja dan bole jinak dan cerdik. Skrg pun byk bengal yg bole didapati dgn harga murah, serendah rm300 bg yg jeni spotted. Tp jgn pulak minta roset psl harga masih tggi
.

4. Diet alc memerlukan makanan mentah sperti daging, ayam, cengkerik, ikan keli, dan pelbagai yg sama sperti dalam hutan. 1 dalam 1000 yg pandai makan kibble. Kekurangan nutrisi ni bole sebabkan alc sakit, reput tulang dan lain2. Banyak alc yg mati di tangan manusia yg bela mereka kerana kekurangan gizi yg baik. Dan alasan PALING BANGANG adalah alc tu mematikan diri sendiri. Alc yg mati di tangan anda adalah kerana anda ZALIM DAN MENGANIAYA mereka utk kepuasan diri sendiri. Dosa tanggung sendiri.

5. Alc yg dibela dr kecil (umur seminggu) mmg tak bole sama sekali betukar tuan, kerana sense bau mereka yg kuat yg hanya akan kenal tuan yg membela sejak dr kecil. Banyak yg bole bela smpai umur beberapa bulan kemudia jual semula dgn pelbagai.alasan seperti xde masa, alahan dan lain2 tp yg sebenarnya mula sesal kerana mereka mula rasa beban akan haiwan ni yg mula mereka sedari tidak bole jinak dan garang. Nk lepas ke hutan x tentu bole survive kerana hunting skill yg tidak digilap sejak dr kecil.

6. 1 dalam 1000 alc yg pandai guna pasir atau toilet train, kebykan akan berak bersepah atau di dalam air.

7. Sebenarnya alasan nk pelihara mereka ni KONON nak elak.kepupusan adalah BOHONG semata2. Hanya segelintir dan bole dikira dgn jari saja yg berjaya, dan kebykan dr mereka akan cross atau kawinkan dgn baka yg lain... dan bole.dikatakan kebykan alc yg membesar di tangan manusia akan hidup di dalam sangkar smpai ke akhir hayat mereka.. ZALIM kan? Kau jwb akhirat nanti.
Fikir dulu... tanya diri anda... sebelum memelihara mereka.. adakah anda sanggup utk `life comitment` ini. Ramai yg akan membantah tp kbykan dr mereka hanya gebang lebih tp x pernah bela pun alc, atau paling tidak dh pernah mati alc di tangan mereka. Mmg alc agak mudah didapati terutama dr kawasan negeri yg masih ade hutan.. dan ada juga `penternak` yg memerangkap ibu alc di ladang2 sawit utk mereka beranak dan `menuai` hasil anak2 alc ini... 

ALC mmg cantik.. tp kenalilah mereka dan jgn bersifat zalim.

credit to: Khazanah Rimba Chattery

Sunday 4 January 2015

Black Lory ( Chalcopsitta Atra)


Assalamualaikum.....

Oleh kerana teruja dan minat dengan spesis Lories/Lorikeet ni maka bila ada masa terluang saya akan cari info sebanyak mungkin tentang spesis ini. Rasa tak pernah puas dengan info yang ada dan terasa terasa ini terus mencari sebanyak mungkin info melalui internet. Berbagai-bagai pages dan blog saya baca tanpa jemu. Ilmu itu tidak terbatas dan seronok dicari apatah lagi apa yang kita cari adalah sesuatu yang amat kita minati.

Oklah kali ini aku ingin kongsikan serba sedikit info tentang Black Lory ( Chalcopsitta Atra ). Info ini saya cari adalah untuk tambah pengatahuan sendiri untuk pair Black Lory yang baru dalam koleksi aku iaitu Noami dan Campbell.

Black Lory ( Chalcopsitta Atra ) adalah spesis lory yang berasal dari Kepulauan Papua New Guinea dan kepulauan sekitarnya. Ia tersenarai antara spesis di dalam IUCN Red List Of Threatened Species dan tersenarai di dalam APPENDIX II CITIES. IUCN Red List Of Threatened Species adalah bermakna spesis ini dilindungi dan diancam kepupusan dan mungkin nanti akan disenaraikan di dalam APPENDIX I CITIES.

Terdapat 3 Sub-species Black Lory iaitu

  1. Bernstein's Black Lories ( Chalcopsitta Atra Bernstein ) - Berasal dari kepulauan Maluku, West New Guinea,
  2. Memberiok Black Lories ( Chalcopsitta Atra Bernsteini ) - Berasal di Kepualaan Membiok dan Barat Daya New Guinea; dan
  3. Rajah LoriesChalcopsitta Atra Insignis ) - Berasal dari Barat Vogelkop dan Barat New Guinea

Black Lories adalah spesis Lories yang paling besar didalam spesisnya dan mempunyai selera makan yang besar. Pengalaman aku semenjak memelihara Black Lories ini amat menyeronokkan dan membuat saya teruja. Black Lories akan menjadi excited dengan saya bila tiba waktu makan, mereka akan mula buat bising dan waktu inilah kita boleh dengar jeritannya yang nyaring dan gemersik seperti riang riang. Black Lories sangat aktif dan sangkar yang besar dengan toys amatlah digalakkan disediakan oleh pemilik mereka. Black Lories sangat suka perhatian daripada owner dan akan menjadi agak garang bila memcapai usia matang.

Diet Black Lories adalah sama dengan spesis lories yang lain, pollen dan buah-buahan adalah diet utama mereka dan sebagai pemilik adalah perlu kita menyediakan diet buahan kepada mereka setiap hari jika mampu. Seperti saya setiap minggu pasti akan saya berikan buahan kepada mereka 2 hingga 3 kali. Walaupun diet utama Black Lories adalah pollen dan buahan tidak bermakna kita tidak boleh ajar  Black Lories memakan bijirin seperti kuaci, oat, gandum dan sebagainya tetapi jangan kita terlalu bergantung kepada bijirin sebagai diet mereka kerana kita kena ingat sistem percernaan mereka hanya dicipta oleh Allah sesuai untuk pollen dan buahan. Sebagai diet tambahan saya juga menyediakan diet yang saya buat dari ramuan sepertimana yang saya pernah kongsi dalam penulisan yang lepas (sila skroll kebawah). Ramuan diet yang saya sediakan amat disukai oleh Black Lories saya dan Lories/Lorikeet yang lain. Jagung segar juga sesuai diberikan tetapi cuba elakkan buahan citrus seperti nenas dan limau. Air tebu fresh juga boleh diberikan kepada mereka.

Black Lories tidak diminati oleh sesetengah orang kerana warnanya yang hitam. Sebenarnya warna Black Lories tidaklah hitam sepenuhnya. Warna Black Lories adalah dalam kategori Melanistic Black atau bahasa mudah hitam violet. Melanistic Black akan jelas kelihatan jika Black Lories ini berada dibawah cahaya matahari and you will appreciate its beauty.

Mengikut rekod, Black Lories akan matang pada usia 4 tahun dan pawa waktu ini Black Lories Betina akan bersedia untuk bertelur jika diet dan persekitarannya sempurna. Nampaknya mungkin saya terpaksa menunggu 3-4 tahun lagi untuk melihat Naomi dan Campbell membiak jika panjang usia mereka dan usia Saya. Saya memelihara spesis Lories/Lorikeet adalah kerana kecantikan mereka, setiap spesis ada kecantikan dan kelebihan tersendiri yang hanya peminat Lories/Lorikeet sahaja yang tahu.

Sekian.....


Tuesday 30 December 2014

Tak semua orang layak digelar Breeder



Teruja bila membaca kisah tentang BREEDER luar negara dalam breed baka unggul haiwan peliharaan mereka tidak kiralah haiwan untuk livestock mahupun haiwan kesayangan. Kagum membaca kisah BREEDER Kambing Boer pertama Austalia yang bersungguh sungguh membuat biak baka Boer mereka. Travel ke South Africa mendapatkan embrio Boer terpilih dan bawa pulang ke Australia. Membawa pulang embrio bukan perkara yang mudah, banyak birokrasi yang perlu mereka laului baik dari pihak South Africa dan dari pihak Austalia sendiri. Tetapi dengan keazaman dan kesungguhan mereka ingin membiak baka Boer di Austalia akhirnya mereka berjaya membiak Boer pertama mereka. 

Titik tolak dari saat itu, mereka berusaha pula mencipta bloodline Boer mereka sendiri yang berkualiti tinggi. Bukan masa setahun dua yang mereka laburkan tetapi berbelas tahun mereka berusaha mempertingkatkan mutu bloodline mereka sehingga kini terkenal di seluruh dunia dan bloodline mereka menjadi idaman para penternak Boer.


Begitu juga dengan kisah BREEDER LOVEBIRD  di luar negara terutama di Europe yang sangat komited dalam menjadi breeder yang berjaya dan beretika. Persatuan meeka amat menitik beratkan kualiti Lovebird ahli persatuan mereka.


Apa yang masih tiada pada peminat Lovebird negara kita adalah kesanggupan untuk mengikuti peraturan dan etika untuk menjadi seorang Breeder. Ramai antara kita yang sekadar breed Lovebird tanpa ilmu dan yang paling parah adalah tidak mengikut etika moral dalam membiak lovebird. Amat sedih masih ramai lagi yang mengahwinkan Masked Lovebird dengan Fischer Lovebird, Agarponis Roseicollis dengan Fischery/Masked sebagainya hingga melahirkan anak-anak lovebird hybrid. Anak Hybrid amat tidak berkualiti bagi pendapat semua persatuan Lovebird di dunia ini dan mereka yang membiak anak hybrid di gelar TIDAK BERETIKA dan PEROSAK BAKA.


Ramai yang berlumba membeli burung yang dah "SIAP" dan memdabik dada kerana mampu memiliki Lovebird yang cantik walaupun ilmu tentang Lovebird sangat teruk. Masih bangga menggelarkan diri sebagai Breeder sedangkan ilmu tentang warna dan mutasi Lovebird pun masih teraba-raba dan kurang pasti. Masing-masing cuba menjadi jaguh membeli Lovebird 'SIAP" ini dan lagi bangga jika mampu beli Lovebird "SIAP" ini dengan harga yang melampau tinggi.


Breeder sejati akan bangga dengan bloodline sendiri. Breeder yang berjaya akan breed Lovebird yang berkualiti bukan dalam masa setahun dua tetapi lebih daripada itu. Mereka tidak biak Lovebird mereka setahun sehingga 4 5 kali tanpa pemantauan dan kawalan. Breeder yang beretika hanya biak Lovebird mereka setahun 2 3 kali setahun sahaja itupun dengan membuat selective baka yang hanya bermutu untuk dibiakan sahaja untuk menjaga kualiti bloodline mereka.


Seorang Breeder mesti mempunyai ilmu yang banyak terhadapa apa yang mereka biakkan. Mereka tahu kualiti dan jenis warna, mutasi, keturunan, kualiti baka, sifir dan sifat Lovebird. Ilmu yang mereka ada membolehkan seorang breeder membuat perancangan yang tepat dalam menghasilkan generasi anak Lovebird yang berkualiti tinggi. Cakap sahaja apa warna yang mereka mahukan pasti mereka akan berjaya mendapatkannya dengan sifir yang tepat dalam selective induk terbaik mereka ada dan yang sepatutnya bagi menghasilkan generasi anak Lovebird yang mereka inginkan. Tanpa ilmu asas/basic ini semua kita tak akan kemana, kita akan menjadi jaguh beli dan jual sahaja daripada hasil reject backyard breeder luar.  


Harapan suatu hari nanti akan ada breeder yang hebat dari negara kita. Semua orang boleh jadi biak Lovebird kerana memang sifat dan lumrah mereka untuk membiak jika terdapat pasangan jantan dan betina serta cukup makan dan minum tetapi tak semua orang boleh menjadi BREEDER baka berkualiti. Tengok pada cermin diri sendiri, aku merasakan aku masih lagi jauh ketinggallan untuk layak menjadi seorang BREEDER.

MAS, MY PAIR GREEN-NAPED LORIES



Alhamdullilah dah setahun lebih usia MAS aku, sihat bugar dan makin cantik sekarang ni dengan dada makin merah dan warna bulu makin menyerlah terangnya.

Harap MAS akan panjang umur dan dapat matang dengan sempurna serta akan membiak suatu hari nanti. 

Monday 17 November 2014

My Black Lorry (Chalcopsitta Atra) Naomi dan Campbell


Syukur Alhamdullilah pada Allah kerana dengan limpah kurnianya akhirnya semalam aku dapat juga memiliki sepasang Black Lory atau nama saintificnya Chalcopsitta Atra yang aku namakan Naomi dan Campbell. Memang tersangat rezeki aku memiliki mereka ibarat seperti mimpi.

Insyaallah aku akan jaga sebaik mungkin seperti mana aku jaga Red Lorry, Rainbow Lory, Sun Conure, Lovebird dan parrot-parrot lain. Buat masa ni aku akan kasi makan sedap-sedap dan terbaik untuk Naomi dan Campbell supaya sihat dan cantik.





Sedapnya Naomi & Campbell makan nestum mix with milk and spirulina




Usia Naomi & Campbell aku agak adalah 2 tahun lebih jika di dilihat dari segi rupa, warna bulu dan saiz body mereka berdua. Naomi agak liar tetapi tidaklah meronta-ronta didalam cage cuma tidak boleh dipegang sahaja manakala Campbell jinak kerana asal daripada "anak handfeed". Sekarang mereka dah aku letak di dalam aviary yang besar sesuai dengan sifat spesis Lory yang active dan memerlukan ruang yang besar untuk membolehkan mereka bebas bergerak terbang.






Aku harap dan berdoa semoga satu hari nanti aku berjaya breed Naomi & Campbell ini. Aku dapat rasa mungkin 3 tahun lagi barulah mereka akan mula betul betul matang dan bersedia untuk membiak.


Tuesday 23 September 2014

Sulfur Cockatoo, Moluccan Cockatoo, Palm Cockatoo, Lories, Indian Ring Neck, Cockcateil, Guppy, Ketutu

Assalamualaikum.....

Dah lama tak update blog minat ni. Rasa rindu pun ada untuk update tapi maklumlah tiada idea atau isu yang menarik untuk dikongsikan sejak dua mejak ni.

Dah lama rasanya ingin update cerita pasal minat yang sama saya dengan kawan-kawan saya iaitu minat pada parrot, baik parrot bersaiz besar hinggalah sekecilnya iaitu budgies. So hari ini saya ingin promote sikit koleksi dua sahabat saya yang juga breeder yang berjaya dalam breed spesis parrot ini termasuklah juga minat terhadap ikan hiasan iaitu guppy dan ikan yang bernilai tinggi iaitu ikan ketutu atau orang Pantai Timur panggil ikan Ubi atau Ikan Hantu dikalangan kaum Cina.

Firstly saya nak kenalkan kawan saya yang pemalu dan undergroup iaitu Matt, jejaka bujang yang masing single yang masih menunggu bidadari syurga. Matt ni orangnya stady je, bak kata orang Terengganu "jenis dok kesoh hal". Minat Matt ni pada spesis Lory memang no. 1 lah tapi tak tahulah kot dah jadi no keberapa sekarang ni minat pada spesiS Lory. Minat pada spesis yang sama dengan saya. Last saya pergi kerumah beliau banyak koleksi yang dia ada seperti Dusky Lory, Duyvenbode Lory ,  Black Lory, Brown Lory, Rainbow Lory,Yellowish -Streaked Lory, Black Cape Lory dan sekarang dah ada Caldina Lory....pehhh gilalah koleksi dia. 

Sekarang beliau dah berjaya breed beberapa pasangan koleksi Lory yang beliau miliki, syukur Alhamdullilah murah rezeki dia. Disini saya lampirkan pic yang daripada internet spesis lory yang Matt miliki (sorry pic yang asal daripada Matt tidak saya simpan dalam koleksi saya)



Black Lory


Caldina Lory






Duyvenbode Lory


 Rainbow Lory 


Green Naped Lory


Yellowish -Streaked Lory


So, pada sesiapa yang minat pada spesis Lory untuk dijadikan burung peliharaab bolehlah call saya dan saya akan panjangkan kepada Matt Izi. Tapi bukan spesis Lory sahaja Matt Izi breed dan bela, beliau juga ada breed dan bela spesis cockcatoo seperti Moluccan, Blue Eye Cockcatoo, Sulfur Cockcatoo, Citreon Cockcatoo, Umbrella Coccaktoo malah Palm Cockcatoo pun ada. Jika sesiapa betul betul berminat pun beliau boleh carikan dengan supplier dengan harga yang berpatutan.



Blue Eyes Cockcatoo



Mollucan Cockcatoo



Palm Cockcatoo



Sulfur Cockcatoo



Ok, sorang lagi kawan saya ialah Quek. Quek ni kira otailah bagi saya sebab memang orang lama bab breed burung. Quek specialist dalam breed Indian Ring Neck, Cockcatei, Budgies, Lory, ikan hisan dan ikan ketutu. Saya sangat adore dengan cara Quek sebab nampak sangat teratur farm tempat dia menjalankan aktiviti breeding. Paling saya adore adalah bab ikan ketutu...pehh calang-calang orang je berjaya seperti dia... dibawah saya kongsi pic beliau denga koleksi beliau.



Cockcateil


Anak Muda Indian Ring Neck Parakeet


Anak Indian Ring Neck Parakeet










Ikan Ketutu a.k.a Ikan Ubi/Hantu




Ikan Guppi


Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi Parrot dan sesiapa yang mencari stok ikan ketutu boleh lah hubungi saya untuk mendapatkan no telefon dua orang kawan saya ni... Di ingatkan saya bukan orang tengah, cuma saya nak promote hasil usaha kawan saya sahaja. Segala urusan anda deal lah sendiri dengan empunya diri :)

Thursday 29 May 2014

Tommy my Yellow-crowned Amazon (Amazona ochrocephala)


Assalamualaikum...

Agak lama juga saya tidak update blog saya ini kerana tiada cerita dan kisah ingin saya kongsikan.

Alhamdullilah hari ini saya ingin ceritakan tentang anak baru saya iaitu Tommy dari species Yellow-Crowned Amazon atau nama saintifiknya Amazona ochrocephala. Yellow-Creowned Amazon adalah parrot yang berasal dari kawasan tropikal dari native South Amarica dan Panama, pendek kata geng-geng sambalah.

Tommy saya beli daripada seorang pemilik daripada Facebook yang terpaksa menjualnya kerana kekangang waktu untuk menjaganya dengan baik. Bukan saya kata owner lama tak menjaganya dengan baik tetapi owner lama mempunyai alasan tersendiri. Keputusan owner lama untuk menjual Tommy kepada saya pun disebabkan oleh kerana beliau terpaksa mengikuti kursus wajib selama 6 bulan diluar kawasan dan tiada sesiapa yang ingin menjaganya. Oleh kerana perkara itulah Tommy terpaksa beliau lepaskan kepada saya.

Tommy baru sebulan berada dalam peliharaan saya dan menurut pemilik asal Tommy sudah berusia 4 tahun lebih di dalam jagaan beliau, so saya andaikan usia Tommy mungkin sudah lebih daripada 6 tahun. Sewaktu mula-mula mengambil Tommy, kaadaan Tommy tidak seberapa memuaskan kerana stress akibat kurang perhatian daripada pemilik asal. Tommy mengalami sindrom Feather-Plucking mungkin kerana stress dan Alhamdullilah kini Tommy semakin pulih dan bulu bulu pelepah baru semakin tumbuh.

Oleh kerana masalah Feather-Plucking yang dialami oleh Tommy maka saya terpaksa memberi perhatian lebih kepada Tommy supaya stress yang dialami dapat dipulihkan dan dengan masa yang sama sindrom Feather-Plucking yang dialami dapat dipulihkan.

Sekarang ini saya menjaga diet Tommy sebaik mungkin. Buah-buahan juga diberikan kepada Tommy seperti epal, mangga dan tebu. Pasta yang digaul dengan cod liver oil juga saya berikan dan Tommy amat menyukainya. Seperti sedia maklum cod liver oil amat bagus untuk haiwan peliharaan kerana kaya dengan vitamin, zat dan omega yang amat diperlukan untuk tulang dan bulu haiwan. Kini bulu pelepah Tommy makin sihat bersinar dan matanya yang jernih dan bersinar jelas menunjukkan yang Tommy sihat. Insyaallah mungkin dalam 2 bulan lagi Tommy akan pulih sepenuhnya.

Dengan dirt yang dijaga kini Tommy dah makin kuat cengkaman kakinya. Jika dulu cengkamannya kakinya agak lemah dan saya dapat rasakan perubahan yang positive dari kekuatannya. Tommy juga pandai bercakap dan suka bersiul. Menjadi kelebihan Amazon Parrot berbanding parrot dari spesis lain adalah keupayaannya menyebut perkataan dengan jelas dan tepat. Assalamualaikum, Hello, bersiul, meniru bunyi burung ketitir, bunyi oarang ketawa adalah vokal yang selalu Tommy lakukan. Kini ada beberapa perkataan lain lagi yang Tommy vokal kan tetapi tidak berapa jelas bunyinya.

Bila Tommy dan pulih sepenuhnya saya akan kongsikan pic Tommy di dalam blog ini kelak.